pada suatu masa dahulu, ada seorang gadis pembuat kek yang sering bermimpi akan bintang-bintang. tetapi dalam berjuta bintang yang gadis pembuat kek sering mimpikan, pandangan gadis pembuat kek sering aja tertancap pada suatu bintang itu.
suatu bintang itu tidak lah secerah mana. tidak juga secantik mana. bintang itu cuma bintang biasa, yang luarbiasa pada pandangan gadis pembuat kek. bintang itu bukan bintang luarbiasa.
tetapi dalam mimpi-mimpi gadis pembuat kek, dalam selautan luas langit gelap bertabur bintang itu seringkali hanya bintang itu yang timbul pada sepasang mata gadis pembuat kek. bukan bintang yang lebih cantik itu, bukan bintang yang lebih indah itu, bukan juga bintang yang lebih mesra itu. kadangkala gadis pembuat kek lupa sebentar pada bintang itu apabila leka melihat senyum manis bintang-bintang lain tetapi akhirnya, kepada bintang itu juga pandangan gadis pembuat kek menyerah.
gadis pembuat kek benci akan bintang itu. ini kerana bintang yang seketul itu sering berjahat pada gadis pembuat kek. bintang itu tidak pernah langsung mahu berpaling pada gadis pembuat kek, inikan pula melihat. walau gadis pembuat kek cuba melompat, menjerit, melontar batu, mahupun menangis, tidak satu pun yang mampu membuat bintang itu berpaling lalu tersenyum tulus pada gadis pembuat kek. hati gadis pembuat kek berasa sedih.
tambahan pula, si bintang jahat itu seringkali hanya melihat dan senyum gembira pada manusia-manusia lain membuatkan gadis pembuat kek bertambah-tambah sedih.
jadi gadis pembuat kek fikir, beliau telah jatuh cinta. jatuh cinta pada bintang itu. tetapi mencintai bintang yang seketul itu sangat menyakitkan...sangat.
lantas gadis pembuat kek telah mencuba berbagai-bagai cara untuk tidak melihat pada bintang itu. gadis pembuat kek cuba berpaling dan tidak melihat ke langit lagi. tetapi tetap mimpi-mimpi gadis pembuat kek bersaji hamparan langit luas bertemankan sang bintang itu. berkali-kali gadis pembuat kek cuba berlari namun tetap mimpi-mimpi itu muncul juga.
tetapi pada suatu hari, di dalam jaganya gadis pembuat kek akhirnya berfikir buat yang kesekian kalinya. gadis pembuat kek bertanya pada rakannya encik gingerbread man. kata-kata daripada encik gingerbread man banyak merungkai persoalan-persoalan di minda gadis pembuat kek.
katanya,
usah digapai pada bintang yang enggan.
beri hati pada yang berhati.
walaubagaimanapun gadis pembuat kek masih keliru dan lantas terus bertanya pada encik gingerbread man lagi, bagaimana perlu dia lakukan untuk melarikan diri daripada bintang yang satu itu.
lantas dia berkata,
untuk melepaskan cinta mungkin kau perlu memberi cinta.
gadis pembuat kek yang noob itu bertanya lagi
tapi jika kita beri cinta bukankah akan membuat sesuatu itu jatuh cinta?
encik gingerbread man yang bijaksana menjawab pula
tidak. cinta hanya akan hadir pada yang mahu.
justeru, gadis pembuat kek berfikir panjang sepanjang panjang yang mungkin dan akhirnya beliau bertemu satu jalan penyelesaian.
kata orang tua-tua di kampungnya, cekelat TOBLERONE itu maksudnya I LOVE YOU.
lalu pada suatu malam yang hening, setelah membasuh kaki dan berselawat sebelum tidur, gadis pembuat kek menggenggam erat sekotak cekelat TOBLERONE warna kuning dan terlena lah dia. malam itu, dalam mimpinya dia bertemu bintang-bintang lagi, dan bintang itu.
kali ini dengan sekotak cekelat TOBLERONE dalam genggaman gadis pembuat kek memanggil bintang itu dan berkata
"woi nah gua belanja lu TOBLERONE"
si bintang yang satu itu pun mengambil cekelat TOBLERONE itu tanpa berasa apa-apa lalu cepat-cepat gadis pembuat kek berpaling dan berlari jauh, jauh, jauh, dan jauh dari situ dan tidak berpaling lagi, tidak mahu berpaling lagi, dan tidak akan berpaling lagi.
dalam diam gadis pembuat kek berharap,
dengan memberi cinta dia telah melepaskan pergi cintanya. kerana dia pasti, selama ini pandangannya salah. bintang itu bukan untuknya.
selamat tinggal bintang yang satu. semoga awak sentiasa berbahagia di atas sana :)
-cerita dongeng tamat-
aku fikir, mungkin pada suatu hari yang ajaib ada seketul bintang yang mampu melihat gadis pembuat kek walaupun disebalik kabus-kabus tebal mahupun ribut taufan dan bintang itu sentiasa ada mengawasi dan melindungi gadis pembuat kek dan walaupun semasa rambut gadis pembuat kek kusut masai sebab kena tiup angin puting beliung bintang yang seketul itu tetap akan senyum tulus pada gadis pembuat kek ^_^